image descriprion
image descriprion
image descriprion

13D 10N EUROPE LONDON

from RM 10,699

  • Popularity
  • Meals
    All In Halfboard
  • Activity Level
    Elderly-Friendly
  • Group Size
    Less than 30

Bagi peserta yang mendaftar sekurang-kurangnya 4 orang di dalam satu booking, harga istimewa Flexi4 akan diberikan dengan tambahan diskaun RM300 / tempahan!​​​

  • Syarat Tempahan:
  1. Promosi ini hanya sah untuk tarikh perlepasan terpilih sahaja
  2. Setiap tempahan perlu dibuat dalam 1 borang tempahan sahaja
  3. Nama boleh ditukar ganti, namun perlu dimaklumkan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perlepasan
  4. Sekiranya terdapat peserta yang membatalkan penempahan, harga promosi MATTA biasa akan dikenakan (tiada lagi harga Flexi4)
  5. Promosi ini tidak sah digabungkan dengan mana-mana promosi yang lain
  6. Pihak POTO Travel berhak meminda terma & syarat tanpa notis

*Promosi ini hanya sah sehingga 17 Mac 2019 sahaja.


Pakej yang merangkumi 6 buah negara untuk meneroka benua Eropah di Germany, Switzerland, France, Belgium, Netherlands & United Kingdom ini telah ditinjau sebelum dijual untuk memastikan program yang selesa, bersesuaian dengan tema, dan memberi kepuasan yang maksima kepada para peserta!

 

Program kami di adun khas dengan ciri ciri berikut untuk memastikan kepuasan anda

1. Aturcara bermula dari Frankfurt, dan bukannya London memerlukan bayaran cukai lapangan terbang yang lebih mahal namun kami memilih susunan aturcara ini untuk memudahkan para peserta membeli-belah tanpa perlu mengeheret bagasi & barangan belian untuk sepanjang lawatan seterusnya selama 11 hari. Bayangkan anda terpaksa mengusung bagasi yang berat, sarat dengan barangan yang telah dibeli menaiki keretapi Eurostar! Pastinya ia akan lebih memenatkan.

2. Program kami memberikan peserta 3 malam di London serta 2 hari Free & Easy di London supaya peserta tidak terburu-buru dan dapat meneroka London sepuas hati

3. Aturcara yang tidak Touch N' Go dengan susunan 1 Malam Germany, 2 Malam Switzerland, 2 Malam Paris, 2 Malam Amsterdam dan 3 Malam London ini memastikan peserta mendapat rehat yang secukupnya di sepanjang perjalanan

Hotel yang dipilih bukan sahaja bertaraf 4 bintang yang selesa, malah juga mempunyai lokasi yang bersesuaian dan strategik, samada di tengah bandar, berdekatan dengan metro atau berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong. Saiz bilik juga memainkan peranan yang besar untuk memudahkan pelanggan kami menunaikan solat di bilik.

Anda pertama kali melancong bersama kami? Jangan risau, terdapat 2 pegawai yang akan menemani anda untuk memastikan perjalanan anda terjaga & terkawal.

Kami telah berurusan dengan Tour Guide & Tour Operator kami selama lebih 15 tahun! Ini memastikan mereka peka akan kehendak dan keperluan muslim sekaligus menjamin penjagaan waktu solat dan makanan halal

Tidak kurang juga kepada Tour Leader POTO Travel sendiri yang telah diberikan latihan intensif dalam menangani apa-apa cabaran yang tidak dirancang semasa percutian anda, hanya untuk memastikan anda mendapat servis yang terbaik

 

Whats included in this tour Items that are covered in the cost of tour price.
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi Kuala Lumpur -Muscat - Frankfurt - London - Muscat - Kuala Lumpur.
  • Cukai lapangan terbang.
  • Had bagasi 30kg / seorang 
  • Penginapan di hotel bertaraf  4 bintang beserta sarapan.
  • Lawatan dan makan seperti dalam aturcara
  • 1 kali makan tengahari di Paris
  • Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
  • Tip kepada pemandu pelancong & pemandu bas.
  • Tiket keretapi laju (Eurostar) ke London.​
Whats not included in this tour Items that are not covered in the cost of tour price.
  • Makan selain dalam aturcara.
  • Bayaran bagasi lebih had.
  • Caj peribadi di hotel: panggilan telefon, mini bar dll.
  • Insurans perjalanan peribadi - Peserta amat digalakkan untuk mengambil insurans perjalanan peribadi. Sila hubungi ‘Customer Service’ untuk maklumat lanjut
  • Tiket menaiki Aras 2 Eiffel Tower
  1. Day 1 Kuala Lumpur - Muscat

    • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Frankfurt
    • Transit di Muscat

  2. Day 2 Muscat - Frankfurt - Viernheim

    • Meneruskan penerbangan ke Frankfurt
    • Tiba di Frankfurt
    • Lawatan ringkas di Romerberg, sebuah kawasan bersejarah di Frankfurt
    • Bersiar-siar di bandar Heidelberg: melihat Heidelberg Castle
    • Daftar masuk hotel, bermalam di Viernheim

  3. Day 3 Viernheim - Titisee - Schaffhausen - Zurich (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Titisee yang merupakan sebuah tasik semulajadi, melalui Black Forest
    • Bersiar-siar di  Lake Titisee; melawat Cuckoo Clock dan Drubba Shop
    • Melawat Rheinfall of Schaff'hausen, merupakan air terjun terbesar di Eropah
    • Bertolak dan tiba di Zurich
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Zurich

  4. Day 4 Zurich - Engelberg - Lucerne - Zurich (SP)

    • Sarapan pagi
    • Melawat Lembah Engelberg
      • Pilihan Lawatan Tambahan: menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Titlis untuk menyaksikan permandangan indah Swiss Alps
      • Harga : CHF92 *Tertakluk kepada sebarang perubahan*
    • Bertolak ke Lucerne
    • Melawat ke Old CityChapel Bridge dan Lion Monument
    • Membeli-belah di sekitar bandar Lucerne iaitu di Bucherer dan Casa Grande
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Zurich

  5. Day 5 Zurich - Paris (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak dan tiba di Kota Paris
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di Paris

  6. Day 6 Paris (SP/MT)

    • Sarapan pagi
    • Bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower 
    • Bersiar-siar dengan menaiki bas melihat senibina asli di Champs Elysees, Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Cathedral of Notre Dame 
    • Makan tengahari 
    • Melawat Great Mosque of Paris
    • Menaiki Romantic Cruise Seine River
    • Membeli-belah di Galeries Lafayette
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Paris

  7. Day 7 Paris - Amsterdam (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, bertolak ke Amsterdam
    • Singgah di Great Mosque of Brussels untuk menunaikan solat
    • Daftar masuk hotel, bermalam di Amsterdam

  8. Day 8 Amsterdam (SP)

    • Sarapan pagi
    • Melawat ke pusat penghasilan berlian di Diamond Center, Damrak Square serta Masjid tempatan
    • Menikmati keunikan bangunan lama di sekitar Amsterdam dengan menaiki Canal Cruise
    • Melawat di sekitar Volendam, sebuah bandar pelabuhan
    • Melawat Zaanse Schans yang terkenal dengan Windmill Village, Kilang Penghasilan Keju dan Clog Maker
    • Melawat Islamic Fatih Mosque
    • Kembali ke hotel dan bermalam di Amsterdam

  9. Day 9 Amsterdam - Brussels - London (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Bertolak ke Brussels
    • Tiba di bandar Brussels, mengambil gambar di Atomium dan melawat Grand Place serta Mannekin Pis 
    • Dihantar ke Bruxelles Midi Station untuk menaiki Eurostar ke London
    • Tiba di St. Pancras Station di London 
    • Daftar masuk hotel dan bermalam di London

  10. Day 10 London (SP)

    • Sarapan pagi
    • Lawatan di sekitar bandar London: melihat House of Parliament, Big BenWestminster Abbey, Trafalgar Square, Buckingham Palace dan Tower Bridge
    • Membeli-belah di Oxford Street, destinasi membeli -belah paling popular di London
    • Kembali ke hotel dan bermalam di London

  11. Day 11 London (SP)

    • Sarapan pagi
    • Aktiviti bebas di London
    • Bermalam di London

  12. Day 12 London - Muscat (SP)

    • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
    • Aktiviti bebas 
    • Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
    • Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur

  13. Day 13 Muscat - Kuala Lumpur

    • Transit di Muscat
    • Meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur 
    • Selamat tiba di Kuala Lumpur

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Flight Itinerary
Day Type Flight Code Time From To Fleet Seat Setting
1 Pergi WY 824 2135-0020 Kuala Lumpur Muscat Airbus A330-200 2-4-2
2 Pergi WY 115 0155-0705 Muscat Frankfurt Airbus A330-300 2-4-2
12 Balik WY 102 2050-0715 London Muscat Boeing 787-9 3-3-3
13 Balik WY 823 0905-2010 Muscat Kuala Lumpur Airbus A330-200 2-4-2
Note

Elaun Bagasi :
30kg setiap seorang

image description

  • Aturcara lawatan, harga & jadual penerbangan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan keadaan semasa.
  • Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket penerbangan domestik.
  • Tiada kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  • Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax / emel / pos salinan passport 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik (triple room). Oleh itu, penempahan 3 orang sebilik hanya katil tambahan disediakan dan berdasarkan harga bilik berdua.
  • Sekiranya tiada kekosongan bilik di hotel yang ditetapkan, pihak kami akan menukar lokasi penginapan ke kawasan berhampiran dengan taraf hotel yang sama.
  • Disarankan membawa kasut & pakaian yang sesuai kerana lawatan ini banyak melibatkan aktiviti berjalan kaki.
  • Peserta perlu membaca TERMA & SYARAT terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikut pakej lawatan ini.
  • Peserta dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara (’Blacklist’: hutang bank, PTPTN dan lain-lain).
  • Promosi ini tidak sah dengan mana-mana promosi yang lain.
  • Pihak Poto Travel berhak memind terma & syarat tanpa notis.
  • Sebarang naiktaraf atau permintaan perlu dilakukan semasa membuat penempahan.
  • Anda adalah digalakkan untuk memberikan tips kepada Tour Leader sekiranya anda berpuas hati di atas pekhidmatan yang diberikan.
  • Tidak semua hotel menyediakan bilik jenis double (1 katil queen). Sekiranya tiada, jenis bilik twin sharing (2 katil single) akan digunakan.

Dates & Price

*Anda dinasihatkan untuk merujuk nota penting di bahagian Note & Review.
Dates Single Adult Adult Single Senior Citizen Senior Citizen Child Twin Child With Bed Child No Bed    
Flexi 4
18 Oktober 2019
14,199
15,399
10,699
11,899
14,049
15,249
10,549
11,749
10,199
10,999
8,899
9,699
7,499
8,299