Guestbook | Gallery | Site map | Login |  active visitorsRSS
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 

 
 

MENGENALI BANGKOK, PATTAYA
( 4H/3M ) ~ Ground Arrangement

                                                                                                                                                                                                                                                                          Program : Harga Pakej


Hari 01 KUALA LUMPUR - BANGKOK (MM)
Tiba di Bangkok International Airport, anda akan disambut oleh wakil dan di bawa melawat salah sebuah Masjid yang terkenal di sini. Seterusnya anda akan dibawa ke hotel untuk beristirehat. Pada sebelah petang, anda akan dibawa makan malam di restoran tempatan dan seterusnya ke Suan Lum Night Market. Peserta boleh membeli-belah dan melihat aktiviti malam di Bangkok.

Hari 02 BANGKOK - PATTAYA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat ke Chao Phraya River. Sungai yang terkenal dan mendapat jolokan nama ” River of Kings”, merupakan jalan air yang penting di pusat bandar ini. Panjang sungai ini kira-kira 370 km. Lawatan diteruskan ke Pattaya. Anda akan dibawa ke Sriracha Tiger Zoo. Zoo yang menempatkan lebih 200 ekor harimau Bengal, 100,000 ekor buaya dan pelbagai spesis haiwan lain. Anda akan dapat menyaksikan pelbagai persembahan penjaga zoo dengan haiwan-haiwan seperti buaya, harimau dan kala-jengking. Menariknya penjaga zoo yang membuat persembahan terdiri daripada wanita-wanita muda. Makan tengahari dan check-in hotel. Malam, anda akan dibawa menyusuri Walking Street di Pattaya. Saksikan kemeriahan dan aktiviti malam masyarakat disini. Peserta juga boleh menyaksikan persembahan Alcazar Show, yang terkenal dan dipertontonkan di serata pelusuk negara lebih 20 tahun ( optional ).

Hari 03 PATTAYA - BANGKOK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda dibawa menaiki speedboat ke Koh Lan atau lebih dikenali sebagai Coral Island. Anda boleh berjalan menyusuri pantai menikmati keindahan semulajadi ataupun mencuba pelbagai sukan air yang terdapat di sini, antaranya ialah water ski, parasailing, jet ski, banana boat dan lain-lain lagi. (optional) Petang, anda akan dibawa melawat Nong Nooch Village. Saksikan persembahan muzik, tarian kebudayaan Thailand, pertunjukkan gajah dan lain-lain. Di Village ini juga anda akan dapat menyaksikan pelbagai taman-taman tropical dan tasik-tasik yang cantik. Lewat petang, anda akan dibawa The Dark Ride Theme Park, galeri batu-batu permata. Pulang semula ke Bangkok. Masa untuk anda shopping di Mah Boon Krong. Shopping mall popular, menjadi kunjungan para pelancong mahupun masyarakat tempatan. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 04 BANGKOK – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, peserta bebas merancang aktiviti sendiri sebelum di bawa ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Harga Pakej

Dewasa              : RM 750.00 seorang (2 Orang sebilik)
                             
Kanak-kanak    : RM 570.00 seorang (berkatil)
                               RM 400.00 seorang (tanpa katil)
( kanak-kanak berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa )


Harga Termasuk:


- Penginapan di hotel 3* atau setaraf dengannya
- Pengangkutan seperti dalam aturcara
- Makanan halal seperti dalam aturcara
- Bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati seperti dalam aturcara
- Pemandu pelancong dan pemandu  pelancong

Harga TIDAK Termasuk:

- Tip untuk pemandu pelancong & pemandu bas.
- Insuran Peribadi.
- Tiket penerbangan & Cukai Lapangan Terbang.
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel.


Nota :

- Harga berdasarkan minima 4 orang peserta.
- Harga hanya sah sehingga 31 Oct  2008.
- Harga & aturcara tertakluk pada perubahan semasa tanpa notis.

PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD