Guestbook | Gallery | Site map | Login |  active visitorsRSS
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 

 
 

MENIKMATI KEINDAHAN MEDAN LAKE TOBA
( 5H/4M ) ~ Ground Arrangement



                                                                                                                                                                                                            Program : Harga Pakej

 

 

Hari 01 KUALA LUMPUR - MEDAN - PARAPAT (MT/MM)
Setibanya di Polinia International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa untuk makan tengahari. Teruskan perjalanan menuju ke Parapat melalui Pematang Siantar. Dalam perjalanan, anda akan melalui kawasan perladangan seperti getah, kelapa sawit dan koko. Berhenti sebentar di kedai menjual makanan ringan tradisional orang Medan. Setibanya di Parapat, check in hotel, makan malam dan berehat. Bermalam di Parapat.

Hari 02 PARAPAT - SAMOSIR TOUR - BERASTAGI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan dibawa menaiki feri menuju ke Tasik Danau Toba; 45 minit perjalanan. Kemudian, melawat perkampungan Tomok untuk melihat King Sidabuntar Old Grave. Kembali ke Parapat untuk makan tengahari dan teruskan perjalanan ke Berastagi. Dalam perjalanan, berhenti untuk menikmati teh halia yang amat terkenal di sini (atas belanja sendiri) dan berhenti di air terjun Sipiso Piso untuk menikmati pemandagan tasik danau toba yang penuh misteri. Setibanya di Berastagi,  check in hotel, makan malam dan berehat. Bermalam di Berastagi.

Hari 03 BERASTAGI - MEDAN CITY TOUR + SHOPPING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out hotel. Perjalanan diteruskan ke Medan melalui Sibolangit dan Sembahe. Setibanya di Medan, berhenti di Kedai Cenderamata dan Kedai Batik. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Selepas itu, singgah di Pasar Ikan dan Medan Mall. Check in hotel, makan malam dan berehat. Bermalam di Medan.


Hari 04  MEDAN / SHOPPING TOUR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan,  membeli-belah di Pasar Petisah dan Medan Fair Plaza atau Sun Plaza. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Sebelah petang, kembali ke hotel, makan malam dan berehat. Bermalam di Medan.

Hari 05  MEDAN - KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, anda bebas dengan aktiviti sendiri sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur.


Harga Pakej

Dewasa              : RM 605 seorang (Bilik twin)
                               RM 790 seorang (Bilik single)
Kanak-kanak    : RM 420 seorang (berkatil)
                               RM 280 seorang (tanpa katil)
( kanak-kanak berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa )


Harga Termasuk:


- Penginapan di hotel 3* atau setaraf dengannya
- Pengangkutan seperti dalam aturcara
- Makanan halal seperti dalam aturcara
- Bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati seperti dalam aturcara
- Pemandu pelancong dan pemandu  pelancong

Harga TIDAK Termasuk:

- Tip untuk pemandu pelancong & pemandu bas.
- Insuran Peribadi.
- Tiket penerbangan & Cukai Lapangan Terbang.
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel.


Nota :

- Harga berdasarkan minima 4 orang peserta.
- Harga hanya sah sehingga 20 Dis 2008.
- Harga & aturcara tertakluk pada perubahan semasa tanpa notis.

PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD