Guestbook | Gallery | Site map | Login |  active visitorsRSS
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 

 


MENYAKSIKAN KEUNIKAN SENIBINA ISLAM DI IRAN

8Hari / 6Malam Tehran ~ Isfahan + shiraz
Penerbangan Iran Air

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :   

Latest Update : 10 March 2009




Hari 01 Kuala Lumpur – Tehran
Berkumpul di KLIA 2 1/2 jam sebelum berlepas ke Tehran, setibanya di Tehran, peserta akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel, dalam perjalanan singgah sebentar di Azadi Monument untuk bergambar, daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Tehran.

Hari 02 Tehran – Shiraz (BLD)
Selepas sarapan, bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan domestik ke Shiraz . Daftar masuk ke hotel, selepas sarapan dan berehat, mulakan lawatan sehari penuh di kota kuno Persepolis, kota yang diasaskan oleh Darius 1 sekitar tahun 518 Masehi, dan disempurnakan oleh Xerses dan Artaxerses 1 yang memerintah Iran dari tahun 486 hingga 425 Masehi, rakamkan kenangan anda disini, pelbagai artifek dan tinggalan sejarah kuno dapat dilihat, lawatan diteruskan ke Naqsh e Rostam, Quran Gate dan kembali ke hotel, makan malam dan bermalam di Shiraz.

Hari 03 Shiraz – Isfahan (BLD)
Selepas sarapan, check out, city tour ke Sadi Mausoleum, Seyeed Hamezeh Shrine, Shahe Cheragh Shrine dan masa bebas membeli belah di Bazaar Of Shiraz, peserta dibawa ke airport untuk mengambil penerbangan domestic ke Isfahan. Tiba di Isfahan, daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Isfahan .

Hari 04 Isfahan (BLD)
Selepas sarapan, lawatan sepenuh hari di bandar Isfahan, antara tempat yang akan dilawati ialah Friday Mosque, ke kawasan paling terkenal di Isfahan iaitu Imam Square, Imam Mosque dan Imam Plaza, saksikan keindahan dan keunikan senibina islam yang terdapat di sekitar kawasan ini, masa bebas membeli belah pelbagai barangan cenderahati di bazaar sekitar kawasan ini (antaranya pelbagai rug, permaidani buatan Iran, barangan ukiran kayu, tembaga dll), kemudian ke Chehel Sotun Palace, Jame Mosque, Aligapu Palace, Bazaar, Sheikh Lotfollah Mosque, dan menyaksikan panorama indah di jambatan antara yang terpenting dan bersejarah di Iran iaitu Khajoo dan Si O She Pol Bridge, makan malam dan bermalam di Isfahan.

Hari 05 Isfahan - Tehran (BLD)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Tehran dengan bas, perjalanan akan melalui bandar Kashan dan Qom, singgah melawat ke Fin Garden, Borujerdiha House dan melawat ke Imam Khomeini House. Tiba di Tehran, check in, makan malam dan bermalam di Tehran .

Hari 06 Tehran (BLD)
Selepas sarapan, city tour di bandar Tehran, antara tempat lawatan ialah ke Iran National Museum, Tehran Carpet Museum (karpet Iran telah diakui antara yang terbaik didunia, contoh terbaik terdapat di Masjid Nabawi), dan masa bebas membeli belah di Golestan Bazaar, antara barangan yang terdapat disini ialah pelbagai rug, karpet, barangan tembaga, kayu, kekacang dll, makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 07/08 Tehran – Kuala Lumpur (B/L)
Selepas sarapan, check out, sebelah pagi peserta di bawa melawat ke Tehran Shah Palace, White Palace, dan akhiri lawatan dengan mengunjungi Iamamzadeh Saleh, makan tengahari dan dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur , tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan paling berharga di bumi Iran .

 

Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

Dewasa RM 5682.00
   seorang (bilik berdua)

Kanak-Kanak RM 4597.00 seorang
(berkatil/berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa 2 hingga 11 tahun)
Warga Emas
(55 tahun keatas) 
RM5682.00 seorang


Jadual & Tarikh penerbangan :
  10 Okt, 28 Nov, 19 Dis 2009

Kuala Lumpur / Tehran      1115/1545      IR235
Tehran / Shiraz                 0540/0710     IR328
Shiraz/Isfahan                  1725/1840      IR840
Tehran / Kuala Lumpur      1945/0700*1  IR840

*harga, tarikh, program tertakluk kepada perubahan

Harga Pakej Termasuk :

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Iran Air
  • Penginapan di hotel berkelas 4*
  • Pengangkutan ke semua destinasi
  • Makan minum 3 kali sehari
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tipping untuk guide dan driver
  • Wakil dari POTO Travel (untuk pelepasan melebihi 20 orang)
  • Beg kembara dari POTO Travel

Harga Pakej Tidak Termasuk :

  • Insuran perjalanan peribadi
  • Minuman ringan semasa makan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Barangan lebih had


PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD

*POTO Travel berhak menuntut bayaran tambahan dari para peserta sekiranya terdapat sebarang kenaikan pada harga minyak (fuel charges), hotel, pengangkutan.