Guestbook | Gallery | Site map | Login | 12 active visitors
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 



UZBEKISTAN

"PERMATA SILK ROAD"

Tashkent – Bukhara – Samarkand
8 Hari / 6 Malam
Penerbangan Uzbekistan Airways


Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan



Last Update : 28 June 2010

.

Hari 01-02 Kuala Lumpur – Tashkent - Bukhara (MT/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum bertolak ke Tashkent, bertolak ke Tashkent pada jam 10.35 malam, tiba di Tashkent pada jam 3.30 pagi, peserta akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke airport untuk penerbangan domestic ke Bukhara. Tiba di Bukhara pada jam 8.50 pagi, peserta akan dibawa ke hotel penginapan. Check in dan berehat. Selepas makan tengahari,  mulakan lawatan di bandar Bukhara dengan mengunjungi Poi Kalyan Ensemble Minaret dan masjidnya,  Madrasah Mini Arab, Madrasah Emir Alim Khan, Taqi (trading domes), Madrasah Kukeldash, Nadir Divanbegi, Magok I Attari dan akhiri lawatan ke Lyab I Hauz, makan malam dan bermalam di Bukhara.

Hari 03 Bukhara (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke kawasan dalam bandar Bukhara, antara tempat lawatan ialah ke Registen, Ark Fortress, Bolo Hauz Complex, Ulug Beg, Madrasah Abdul Aziz, Chor Minor Mouseleum, Ismael Samani Mousoleum, Chashma Ayub Mauseleum, dan masa bebas membeli belah di Gold Market. Selepas makan tengahari, lawatan ke bahagian luar bandar Bukhara seperti ke Bakhauddin Nakhsbandi Ensemble, Masjid Abdul Faiz Khan dan ke Masjid Muzaffar Khan, makan malam sambil menyaksikan persembahan kebudayaan tradisi Uzbekistan, kembali ke hotel.

Hari 04 Bukhara - Samarkand (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke bandar Samarkand dengan bas berhawa dingin, tiba di Samarkand, check in ke hotel dan berehat, selepas makan tengahari, melawat ke Gur Emir Mausoleum. Registan Ensemble (termasuk lawatan ke Ulugbek), Madrasah Tillya - Kari, Masjid Bibi Hanum dan masa bebas membeli belah di Samarkand Market. Makan malam dan bermalam di Samarkand.

Hari 05 Samarkand (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke Shah I Zinda Necropolis atau dikenali dengan panggilan "Star above Samarkand", lawatan ke Ulugbek Observatory, "Ruins if Afrosiab", selepas makan tengahari, lawatan diteruskan ke Masjid Ismael Bukhari, Imam Bukhari Mausoleum yang terkenal, dan masa bebas membeli belah di bazaar tempatan. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 06 Samarkand – Tashkent (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Tashkent dengan bas, check in ke hotel dan berehat, selepas makan tengahari, melawat ke Mustakillik Square (Independence Square), Amir Temur Square, Monument to Courage, Halkar Dustligi Square, Moument to Alisher Navoi, Alisher Navoi Square. Masa bebas melakukan aktiviti sendiri, makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 07 Tashkent (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan di sekitar bandar Tashkent, antaranya ke Zangi Ota Complex, Museum of History of Uzbekistan, Museum of Applied Arts, Tashkent Metro, dan ke Broadway, kawasan pejalan kaki yang dipenuhi dengan artis tempatan yang mempamerkan hasil seni, cenderahati, gerai makanan tempatan dan monumen moden, habiskan masa disini sehingga waktu makan malam, farewell dinner sambil menyaksikan persembahan istimewa masyarakat Uzbekistan, kembali ke hotel.

Hari 08 Tashkent – Kuala Lumpur (SP)
Selepas sarapan, check out, peserta kemudiannya akan dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur bersama pengalaman paling berharga dan pelbagai cenderahati dari di bumi Uzbekistan.

 

Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

Dewasa RM5,669.00
seorang (bilik berdua)
Kanak-Kanak RM4,768.00 seorang (berkatil/berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa)
(2 hingga 11 tahun)
Warga Emas
(55 tahun keatas) RM5,600.00 seorang


Jadual & Tarikh penerbangan :
  19 Oktober 2010

Kuala Lumpur / Tashkent    2235/0330*1    HY552
Tashkent/Bukhara              0850/1035       HY1321
Tashkent / Kuala Lumpur    1035/2105       HY553

*harga, tarikh, program tertakluk kepada perubahan

Harga Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi dengan penerbangan Uzbekistan Airways
  • Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  • Penginapan di hotel bertaraf 4 & 3*
  • Lawatan seperti dalam aturcara
  • Makan halal seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara
  • Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung

Harga TIDAK termasuk:

  • Insuran perjalanan peribadi
  • Minuman ringan semasa makan
  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  • Bayaran barangan lebih had

 

PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 20 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD