Guestbook | Gallery | Site map | Login | 10 active visitors
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 
 


LATAR BELAKANG POTO

OBJEKTIF

  • Menjadikan POTO sebagai sebuah syarikat yang bersaing maju di pasaran dan menawarkan produk pelancongan yang pelbagai sebagai pilihan pelanggan.
  • Menyediakan pegawai-pegawai yang terlatih, bertanggungjawab, dedikasi, amanah dan profesional demi menjamin, mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai bangsa yang beradap dan berbudaya di kacamata dunia.
  • Memohon rezeki yang halal yang diberkati dan dibelanjakan ke jalan yang diberkati juga demi kebaikan sekalian Ummah.
  • Menjalin hubungan silaturahim antara POTO dan pelanggan, pelanggan sesama pelanggan sebagai saudara seagama dan sebangsa.

MOTO

Kami mempunyai 5 Motto utama yang dinamakan Mustika POTO iaitu:

  • Makanan HALAL
  • Penjagaan waktu SOLAT JAMAK
  • Pelbagai LOKASI yang mengagumkan.
  • Profesional, Dedikasi dan Bertanggungjawab
  • Selesa, Selamat dan Tanpa Was-was.
 
PRODUK POTO
Perniagaan Utama Syarikat

1. Mengendalikan pakej pelancongan dalam dan luar negara
2. Penempahan tiket penerbangan dalam dan luar negara.
3. Pengendalian Pakej Umrah & Ziarah
4. Pengendalian pakej-pakej lawatan sambil belajar untuk pihak korporat, kerajaan, badan-badan berkanun dan kesatuan-kesatuan.
5. Pengendalian pakej pelancongan sambil belajar untuk pelajar-pelajar intitusi pengajian tinggi.

Produk Utama Kami

1. POTOSahabat Umrah Anda.
Menyediakan pakej-pakej umrah sepanjang musim kepada jemaah di Malaysia.
Antara kelebihan POTO adalah mengadakan ‘Lawatan Khas di Madinah’ yang tidak terdapat pada agen lain iaitu lawatan ke :

- Gua Uhud
- Gua Sajadah
- 5 buah masjid bersejarah yang berdekatan dengan Masjid Nabi
- Tanah Ubat/Wadi Su’aib
- Masjid Pasah (Masjid Tikar)

2. Pakej Fantastik POTO
Menyediakan pakej-pakej lawatan kepelbagai destinasi di dunia antaranya Eropah (Timur & Barat), Australia (Perth & Gold Coast), Mesir (Cairo & Alexandria atau Cairo & Sinai), Spain & Morocco, China (Beijing & Tianjin, Kunming) India (Kashmir, Delhi, Agra & Jaipur), Vietnam, Turki, Jakarta, Russia, Korea, Syria, Iran, Afrika
Selatan dan lain-lain.

 
SEJARAH POTO
POTO Travel & Tours Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada 8 Jun 2004. Syarikat ini diterajui oleh 2 pemegang saham iaitu Hj. Ab. Rahman bin Mohd Ali (Ketua Pegawai Operasi) dan Hjh. Zainah bte Alias (Pengarah).
 
PENGALAMAN POTO
Sektor Swasta

- Syarikat Shaari Jamaluddin Architect, Subang Jaya : 34 orang ke Gold Coast, Australia
- Utusan Media, Petaling Jaya : 60 orang ke Beijing, China.
- Pumpfield Berhad, Petaling Jaya : 10 orang "Lawatan Teknikal" ke Jerman.
- Takaful Nasional, Shah Alam : 34 orang ke Turki
- Sony Music : Bersama Erra Fazira ke Perth : 164 orang.
- 'Bar Council' Perak : 120 orang ke Cairo & Alexandria, Mesir.
- Alpha Mantap : 12 orang ke Iran
- Astro : Bersama Mawi ke Syria & Lebanon : 60 orang
- SIME UEP BERHAD : 30 orang ke Saigon, Vietnam
- Rumah Tunas Harapan : 29 orang ke Saigon, Vietnam.

Majalah-majalah tempatan

- Majalah Mastika : 330 orang ke Eropah : German, Switzerland, Austria & Itali.
- Majalah Mastika : 130 orang ke Syria & Lebanon
- Majalah Perempuan : 35 orang ke Shanghai, China
- Majalah Perempuan : 30 orang ke Cairo & Alexandria, Mesir
- Majalah Jelita : 30 orang ke Moscow, Rusia

Universiti

- UiTM, Shah Alam : 40 orang ke Beijing, China
- Universiti Islam Antarabangsa : 35 orang ke Perth, Australia
- UiTM, Shah Alam : 38 orang ke Jakarta, Indonesia
- nternational Homeopathy College : 120 orang ke Colombo & Delhi

Koperasi
- Koperasi KKGLM (M) BHD : 40 orang ke Jakarta, Indonesia.
- Koperasi UKHWAH : 26 orang ke Korea.

Syarikat 'Multi-Level'
- Aura Seri, Gombak : 46 orang ke Beijing, China.
- Mayfirst, Shah Alam : 35 orang ke Jakarta, Indonesia
- CNI, Shah Alam : 60 orang mengerjakan UMRAH.

 

POTO Travel & Tours Sdn.Bhd senantiasa mengalu-alukan maklum balas dari pihak tuan/puan. Kami boleh dihubungi di alamat berikut:

POTO Travel & Tours Sdn.Bhd
68-5-3, Aras 5, Dataran Shamelin,
No. 68, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Jalan Cheras,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : +603 - 9200 6640
Fax: +603 - 9200 6641
Email :  info@pototravel.com.my   /  pototravel@yahoo.com

Laman Web : http://www.pototravel.com.my

 
Cawangan kami seperti di bawah:

POTO TRAVEL & TOURS (SEGAMAT) SDN BHD
Cawangan Segamat, Johor.

No. 16, Tingkat 1, Jalan Susur Utama 2/1, Taman Utama,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.

Tel : 07 - 932 6640
Fax : -
Email : poto_sgt@yahoo.com


POTO TRAVEL & TOURS (PUTRAJAYA) SDN BHD
Cawangan Putrajaya.

64b, Tingkat 2, Jalan Diplomatik
Putrajaya Diplomatik, Presint 15, Putrajaya

Tel : 03 - 8888 8640
Faks :03 - 8888 7641
e-Mail:
 putrajaya@pototravel.com.my