Guestbook | Gallery | Site map | Login | 12 active visitors
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 



MENJELAJAH KE UTARA - SELATAN
NEW ZEALAND

(9Hari / 7Malam )
SINGAPORE AIRLINES

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :

Last Update : 10 March 2010



HARI 01
K.LUMPUR / SINGAPURA

Berkumpul di KLIA, Sepang 3 jam sebelum berlepas ke Auckland New Zealand melalui Singapura. Transit di Singapura dan seterusnya mengambil penerbangan ke Auckland.

HARI 02
AUCKLAND (MM)

Setibanya di Auckland, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa melawat ke sekitar Bandar Auckland. Antara tempat lawatan yang menarik ialah Mt Eden, Mission Bay, Harbour Bridge, Queen Street dan pusat Bandar Auckland. Makan malam disediakan.

HARI 03
AUCKLAND/HAMILTON/ROTORUA (SP/MT-BBQ/MM)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Rotorua melalui Hamilton. Di sini, peserta akan dibawa melawat ke Paradise Valley Spring. Kemudian menikmati pertunjukan mengetam bulu kambing biri-biri di Agrodome. Kemudian berangkat ke Te Puia. Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 04
ROTORUA/TAUPO/WELLINGTON (SP/MT-Seafood/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat ke Bandar Rotorua seperti Lakefront dan Government Garden. Kemudian berangkat ke Wellington melalui Taupo dan di sini anda akan dibawa melawat Air Terjun Huka dan Tasik Taupo. Setibanya di Wellington, peserta akan melawat Pangkalan Lampton, Beehive Building dan Bangunan Parlimen. Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 05
WELLINGTON/PICTON/CHRISTCHURCH (SP/MT-Fish & Chips/MM)

Selepas sarapan pagi, menaiki feri ke Picton. Kemudian, menaiki bas berhawa dingin ke Christchurch melalui Blenheim dan Kaikoura.  Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 06
CHRISTCHURCH/TEKAPO/QUEENSTOWN (SP/MT-Fish & Chips/MM)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Queenstown melalui Tekapo. Di sini anda berpeluang melawat ke Tasik Tekapo dan Gereja The Good Shepherd. Kemudian melawat ke ladang buah Mrs Jones dan berpeluang mengambil 1kg buah-buahan bagi setiap seorang. Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 07
QUEENSTOWN (SP)

Pada hari ini anda bebas melakukan aktiviti sendiri. Dengan perbelanjaan sendiri, anda boleh memilih untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti Jet Boating,berakit di Queenstown, lawatan ke Milford dan Helicopter Scenic Flight. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keseronokan yang tidak mungkin dapat anda lupakan.

HARI 08
QUEENSTOWN/ARROWTOWN/CHRISTCHURCH (SP/MT-BBQ/MM)

Selepas sarapan pagi, melawat ke Arrowtown dan Bungy Jump. Berhenti di Tasik Pukaki sambil melihat pemandangan indah dan menghirup udara segar di Mt Cook. Kemudian melawat ke Cathedral Square, Sg Avon, Sign of Takahe, Bukit Cashmere. Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 09
CHRISTCHURCH/SINGAPURA/K.LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, bebas dengan aktiviti sendiri sementara menunggu masa untuk dibawa ke airport bagi mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Singapura. Transit di Singapura dan terus ke Kuala Lumpur bersama kenangan yang pastinya amat bernilai.


Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :


Dewasa                                         
RM9,288.00
(2 orang sebilik)          

Kanak-kanak
RM7,289.00 Berkatil
RM6,371.00 Tanpa Katil

Warga Emas : RM9,158.00 (umur 55 tahun ke atas)


Jadual & Tarikh penerbangan :
  15 Jul, 23 Sept & 18 Dis 2010

K.LUMPUR/SINGAPURA                      SQ117             1850 / 1945
SINGAPURA/AUCKLAND                     SQ285             2100 / 1045+1
CHRISTCHURCH/SINGAPURA             SQ298             1050 / 1740

SINGAPURA/K.LUMPUR
                      SQ118             1845 / 1940

Purata Cuaca di Auckland & Christchurch


JANUARI         17 Celsius                               FEBRUARI       17 Celsius

MAC               15 Celsius                                 APRIL              12 Celsius  

MEI                 09 Celsius                                 JUN                 07 Celsius

JULAI              07 Celsius                                 OGOS               08 Celsius

SEPTEMBER  09 Celsius                                 OKTOBER         12 Celsius

NOVEMBER   13 Celsius                                 DISEMBER    16 Celsius



 

Harga Termasuk:
* Tiket kelas ekonomi K.Lumpur – N.Zealand – K.Lumpur
* Penginapan di hotel 3*( 2 orang sebilik )
* Lawatan mengikut aturcara
* Makanan HALAL mengikut aturcara
* Airport tax KLIA dan Insuran perang
* Airport tax N.Zealand
* Tips untuk pemandu pelancong

Harga TIDAK termasuk
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel termasuk porterage

Nota :  SP = Sarapan Pagi, MT = Makan Tengahari, MM = Makan Malam

Kadar Pertukaran Wang di New Zealand
RM1.00 = NZD2.60


Nota :
1. Kadar Pertukaran Wang di New Zealand RM1.00 = NZD2.60
2. Harga berdasarkan pada minimum 25 orang peserta.
3. Harga, aturcara pakej lawatan dan jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan.
4. Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 1000.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD