Guestbook | Gallery | Site map | Login |  active visitorsRSS
   
 








 
 
MENJELAJAH KE BENUA EROPAH
( 13 Hari / 10 Malam )
JERMAN / SWITZERLAND / PERANCIS / BELGIUM / BELANDA / ENGLAND
Frankfurt - Viernheim - Lucerne - Paris - Amsterdam - Brussels - London

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :  

Last Update : 22 Jun 2011


HARI 01      KLIA/BAHRAIN
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. Check in hotel di Bahrain sementara menunggu masa untuk mengambil penerbangan ke Frankfurt. Pada sebelah malam check out dari hotel dan mengambil penerbangan ke Frankfurt.

HARI 02    BAHRAIN/ FRANKFURT / VIERNHEIM
Tiba di Frankfurt  dan  anda akan disambut oleh wakil POTO. Lawatan ringkas di sekitar Frankfurt (By Pass). Seterusnya bertolak ke Heidelberg yang merupakan salah satu Bandar tercantik di German. Di sini terdapatnya Istana Heidelberg. Bertolak ke Viernheim untuk berehat dan bermalam di sini.

HARI 03    VIERNHEIM / BLACK FOREST / SCHAFFHAUSEN / LUCERNE
Selepas sarapan pagi, berangkat ke Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah iaitu THE RHINEFALLS. Anda juga akan melalui Black Forest sambil menghayati  pemandangan yang indah disini. Berehat di Titisee untuk makan tengahari dan menikmati pemandangan indah di sini. Seterusnya bertolak ke Lucerne. Lucerne adalah kota warisan yang terkenal dengan Pergunungan Alps dan dikelilingi oleh tasik yang terjadi dari Sungai “Reuss”.  Setibanya di sana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Bermalam di Lucerne.

HARI 04    LUCERNE
Selepas sarapan pagi anda akan di bawa melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel (optional tour). Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik. Anda juga berpeluang bermain luncur salji.  Pada  petangnya lawatan ke Chapel Bridge dan seterusnya membeli-belah jam jenama Swiss dan “chocolate” yang masyhur di sini. Aturcara bebas. Bermalam di Lucerne.

HARI 05    LUCERNE / PARIS
Selepas sarapan pagi, perjalanan jauh ke Kota Metropolitan Paris yang terkenal dengan sejarah Napoleun Bonarparte. Setibanya disana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Aturcara bebas. Bermalam di Paris.

HARI 06    PARIS
Selepas sarapan pagi anda akan dibawa melawat ke Paris, kota yang terkenal dengan suasana romantik dan khayalan. Menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel dan lawatan ke “Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees, Cathedral of Notre Dame yang dibuat dari gelas kaca.  Menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang berusia 2000 tahun dan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte (optional).  Pada sebelah petang aturcara bebas membeli-belah. Bermalam di Paris.

HARI 07     PARIS / AMSTERDAM
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Amsterdam. Anda berpeluang melihat banyak windmill apabila memasuki Negara Holland. Sampai di Amsterdam dan aturcara bebas. Anda boleh merancang sendiri untuk keluar melihat aktiviti malam di Amsterdam.

HARI 08    AMSTERDAM
Selepas sarapan pagi lawatan ke kilang memproses dan memotong batu permata (berlian).  Seterusnya acara menarik menyusuri sungai dengan menaiki “Canal Cruise” yang merupakan pengangkutan air yang terkenal di Kota Amsterdam sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah. Pada sebelah petang lawatan Zaanese Schans iatiu perkampungan ‘Windmill’ dan perkampungan nelayan Volendam yang menarik. Seterusnya lawatan ke kilang   memproses keju dan membuat kasut kayu (Clog Maker) dan anda juga berpeluang melihat demontrasi cara pembuatannya.  Balik ke Amsterdam dan anda berpeluang bersiar-siar di dataran yang tertua di Amsterdam iaitu “Damrak Square”.  Bermalam di Amsterdam.

HARI 09    AMSTERDAM / BELGIUM / LONDON
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Brussels, Belgium iaitu bandaraya yang berusia 1000 tahun. Nama Brussels diambil sempena 19 daerah kerajaan Perancis.  Bertolak ke London menaiki Eurostar. Sampai di London dan anda akan dibawa terus ke hotel untuk bermalam.

HARI 10    LONDON
Selepas sarapan pagi lawatan ke House of Parliaments, Big Ben, Westminter Abbey dan Trafalqar Square dan seterusnya aturcara bebas membeli-belah dilokasi yang terkenal iaitu Oxford Street. Bermalam di London
 
HARI 11    LONDON
Selepas sarapan pagi aturcara bebas.

HARI 12 LONDON/BAHRAIN/K. LUMPUR
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air melalui Bahrain.

HARI 13    KUALA LUMPUR
Selamat sampai di Kuala Lumpur.

Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

HARGA PAKEJ SEORANG
Dewasa
Warga Emas
Kanak - Kanak
Berdua
Seorang
Berdua
Seorang
Berkatil
Tanpa Katil
RM 9,398
RM11,008
RM 9,158
RM 10, 766
-
RM 8,294

Jadual & Tarikh penerbangan :
  10 Okt, 20 Nov, 9, 14 Dec

Jadual & Tarikh Penerbangan
Tarikh
Sektor
No Penerbangan
Timing
 
K. Lumpur / Bahrain
GF281
1030 / 1325
 
Bahrain / Frankfurt
GF17  
0115 / 0640
 
London / Bahrain
GF2
1000 / 1830
 
Bahrain / K.Lumpur
GF280
2040 / 0915 + 1
Nota: Harga & Aturcara Tertakluk Kepada Perubahan. Kenaikan akan ditanggung oleh peserta

Harga termasuk :
- Tiket penerbangan pergi – balik kelas ekonomi
- Penginapan Hotel bertaraf 3 bintang,
- 10 kali sarapan pagi
- Lawatan seperti dalam aturcara
- Tiket keretapi laju (Eurostar) ke London
- Canal Cruise di Amsterdam
- Menaiki Eiffel Tower hingga ke tingkat 2
- Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong.
- Cukai Lapangan Terbang dan insuran peperangan RM928.00
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas RM320.00


Harga tidak termasuk :
- Makan tengahari & malam
- Bayaran bagasi lebih had
- Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dll
- Poterage di hotel (EUR3.50 untuk setiap beg)
- Kereta kabel Gunung Titlis, Lucerne (EUR55.00)
- Bayaran Cruise Sungai Seine, Paris (EUR 10.00)

Nota :
Harga dan aturcara pakej lawatan adalah tertakluk kepada perubahan.

Harga berdasarkan minimum 25 orang peserta.

Tiada cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.

Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

Gunung Titlis hanya boleh dinaiki sekiranya cuaca mengizinkan . Sekiranya cuaca buruk, cable car untuk menaiki gunung ini akan ditutup.

Pengurusan Passport dan Visa:

Pengurusan Pasport dan Visa memasuki Switzerland / German / Belanda / Belgium / Perancis / England tidak diperlukan. Pasport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.

Matawang :
EURO (EURO 1.00 bersamaan dengan RM 4.41)

Pakaian :
- Baju yang bersesuaian dengan keadaan cuaca semasa
- Kasut berjalan yang selesa kerana banyak berjalan terutama semasa lawatan dan kacamata gelap.



PENDAFTARAN:

    • Bayaran deposit sebanyak RM 1000.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
    • Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD