|
|
|
| |
|
|
|
UNIKNYA SINGAPURA!
Keriangan Keluarga @ Kota Merlion, Singapura
2 HARI 1 MALAM
 |
| Night Safari |
Hari 1 Kuala Lumpur – Singapura (MM)
Berkumpul di Malaysia Tourist Centre (MaTiC) Jalan Ampang, sebelum bertolak ke Singapura melalui Link Kedua. Setibanya di Singapura, anda akan dibawa melawat kawasan-kawasan tumpuan pelancong sekitar kota seperti Bangunan Dewan Bandaraya (City Hall), Padang, Hotel Raffles, Theatre On The Bay, mengelilingi kolam air pancut yang terbesar di dunia di Suntec City Mall dan tidak ketinggalan Merlion Park di Marina Bay yang menempatkan ikon termashyur Singapura, Merlion sambil melawat Singapore Flyer (rujuk jadual lawatan tambahan). Selepas itu anda akan terus dibawa ke hotel untuk proses check-in dan berehat sebelum dibawa ke Restoran Seoul Garden yang terletak di Bugis Junction Mall untuk makan malam. Selepas makan malam, anda akan dibawa pulang ke hotel. Anda boleh pergi sendiri membeli-belah di kawasan Orchard Road atau Bugis Street; lokasi membeli-belah 2 tingkat yang terbesar di Singapura yang menempatkan lebih 600 buah kedai dan gerai. Pelbagai barangan yang dapat anda cari di sini sebagai cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga. Dengan tambahan bayaran, anda juga boleh memilih untuk ke “Night Safari”; samada dengan menaiki tram atau berjalan kaki, rasailah pengalaman bersama haiwan-haiwan safari Afrika di waktu malam seperti zirafah, badak dan tapir yang dibiarkan keluar dari kurungan mereka. Saksikan persembahan haiwan selama 30 minit di Amphitheatre yang menampilkan burung hantu, harimau bintang dan rakun.
Hari 2 Singapura (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa masuk ke Sentosa Island. Rasai pengalaman menaiki Sky Tower; salah satu daripada 13 menara pemandangan di dunia di mana anda akan dapat melihat pemandangan indah sekitar Singapura setinggi 131m. Kenali Singapura di Images of Singapore; muzium hidup yang menunjukkan ciri-ciri gaya hidup dan perayaan 4 bangsa utama di Singapura. Selepas itu, anda akan dibawa ke Universal Studio Singapura; lokasi hiburan keluarga yang terbaru di Pulau Sentosa dan yang pertama di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis taman tema yang terdapat di sini antaranya roller-coaster bersilang tertinggi di dunia di Battlestar Galactica, panggung wayang 4-D Shrek di Far Far Away Castle, roller-coaster dalam keadaan gelap-gelita ditemani mumia di Revenge of The Mummy, berhibur bersama Alex, Marty, Gloria dan Melman di taman tema Madagascar, dikejar dinosaur T-Rex di Jurassic Park Rapids Adventure, berjalan sepanjang Walks of Fame di Hollywood Boulevard, menyaksikan aksi stuntman secara langsung di Waterworld dan bersiar-siar di Festive Walk sambil membeli barangan di Hard Rock Shop. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada lewat petang dengan 1,001 kenangan di kota mitos Merlion, Singapura.
HARGA ALL-IN SEORANG
(Ringgit Malaysia)
Dewasa
- Bilik Berdua : RM 670.00 Seorang
- Warga Emas : RM 650.00 Seorang
Kanak-Kanak
- Berkatil : RM 595.00 Seorang
- Tanpa Katil : RM 470.00 Seorang
* Harga, tarikh & aturcara program tertakluk kepada perubahan.
Tarikh Berlepas:
16 Sept / 23 Oct / 5, 19 Nov / 3, 10, 24 & 31 Dec 2010
Destinasi ETD ETA
Kuala Lumpur- Singapura 8.00 13.00
Singapura - Kuala Lumpur 18.00 23.00
Harga Termasuk:
- Pengangkutan bas eksekutif 2 tingkat yang dilengkapi dengan kerusi urut
dan skrin LCD sendiri, pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura atau bas persiaran 44 tempat duduk (mengikut pakej pilihan).
- Penginapan 2 malam di hotel bertaraf (3*) Summerview / Paramount Hotel.
- Makanan halal disediakan sepanjang lawatan mengikut aturcara sahaja.
- Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu pelancong
mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan ini sahaja: Jurong Bird Park,
Images Of Singapore, Sky Tower, Song Of The Sea,Night Safari,
Luge & Skyrides & The Merlion.
Harga Tidak Termasuk:
- Insuran pengembaraan peribadi.
- Servis tambahan di hotel spt. dobi atau angkat bagasi.
- Tip untuk pemandu pelancong.
Pendaftaran & Pembayaran
1. RM150 seorang bagi urusan penempahan pakej & bayaran penuh hendaklah diselesaikan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berlepas bagi mengelakkan pembatalan tempahan.
2. Bayaran boleh dibuat secara tunai / cek yang berpalang atas nama:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
Maybank 5144 0480 2849
RHB Bank 264 179 0000 5069
Credit Card Charges:
Visa, Master Card - 2.00%
Debit Card - 1.30%
Pertanyaan: Hubungi pegawai penyelaras kami di talian: POTO Travel & Tours Sdn. Bhd. 68-5-3, Aras 5, Dataran Shamelin, No. 68 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Jalan Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel : +6 03 9200 6640 Fax : +6 03 9200 6641 E-mail : pototravel@yahoo.com

|
|
|
| |
|
|