Guestbook | Gallery | Site map | Login | 10 active visitors
   
Poto selected package - ASIA
Poto Selected Package-Middle East
Poto Selected package - Oceania
Poto selected package-Europe
Poto selected package-Afrika
Poto selected package-Umrah & Ziarah
Poto selected package-Ground Handling
Poto selected package-Domestic
 
 

MENJELAJAH KE BENUA EROPAH TIMUR
(13 Hari / 10 Malam)
Frankfurt – Nurnberg - Regensburg – Prague - Brastilava - Budapest –
Vienna – Salzburg - Stuttgart
(GERMAN / REPUBLIK CZECH / SLOVAKIA / HUNGARY / AUSTRIA)
Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :  

Last Update : 16 Ogos 2010

PROMOSI LURUH

Harga sah sehingga 31 Ogos!!




HARI 01         K.LUMPUR / BAHRAIN / FRANKFURT
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. Check in hotel di Bahrain sementara menunggu masa untuk mengambil penerbangan ke Frankfurt. Pada sebelah malam Check out dari hotel dan mengambil penerbangan ke Frankfurt.
HARI 02         FRANKFURT / NURNBERG / REGENSBURG
Tiba di Frankfurt anda akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya ke Nurnberg. Nama “Nurnberg” di ambil sempena bukit bukau” pada tahun 1050 masihi. Pada tahun 1424 Nurnberg dirasmikan sebagai sebuah bandar di Raja dan Agung serta mempunyai kepadatan penduduk seramai 40,000 orang ketika itu. Setelah 30 tahun berperang, dan bandar ini merupakan laluan kepada para pedagang, akhirnya ia di kenali sebagai “Capital of the Middle Ages”. Terletak di tengah pusat bandar yang mempunyai kepadatan penduduk setengah juta orang. Disini terdapat bangunan lama tamadun dari peninggalan sejarah seperti gereja, istana di raja. Selepas mengelilingi Kota Lama anda akan di bawa ke Wilayah Regensburg . Kota ini dijumpai pada kurun ke 17 pada zaman pemerintahan di Raja Marcus Aurelius. Bermalam di Regensburg.
HARI 03         REGENSBURG / PRAGUE.
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat ke “The Neupfarrplatz Square”. Di abad kurun pertengahan kawasan ini adalah penempatan orang “yahudi”. Selepas dimansuhkan pada tahun 1519 sebuah gereja Kayu telah didirikan disini dan ianya telah di robohkan setelah mereka membina 2 bangunan gereja yang besar mengikut perancangan awal. Pada tahun 1542 gereja ini di ambil alih oleh penganut Protestant. Sambung perjalanan ke Praque Bandaraya Utama Republik Czech. Bermalam di Prague.
 
HARI 04         BANDARAYA PRAGUE
Kewujudan kain sutera dan baldu menjadikan Praque sebagai sebuah bandaraya yang terkenal dengan pengeluaran fesyen pakaian yang berjenama dan terkini. Praque merupakan bandaraya yang ke 3 terbesar di benua Eropah selepas London dan Paris. Bandaraya Prague masih lagi terkenal dengan tamadun sejarah dan keunikan bangunan yang dibina pada abad ke 12-15 masihi. Kebanyakan bangunan di sini mempunyai gerbang rencong yang tajam. Selepas sarapan pagi anda berpeluang menikmati panorama yang cantik dan klasik iaitu lawatan ke Istana Hdradcany yang berusial 1000 tahun dan The Golden Lane. Anda akan melewati “Dataran Wenceslass, Jambatan Charles, Menara Powder dan Old Town Square yang merupakan tempat kunjungan para pelancung dari seluruh dunia. Berpeluang membeli belah seperti barangan Kristal Bohemian, Tembikar Carlsbad, barang perhiasan, dan lain-lain lagi. Bermalam di Prague.
 
HARI 05         PRAGUE / BRATISLAVA
Selepas sarapan pagi bertolak ke Bratislava Bandaraya Utama Republik Slovakia. Disini anda akan melawati Istana Lama yang di bina pada abad ke 9. Melintasi “Danube” dan saksikan panorama indah Bandaraya Bratislava. Menyusuri ke Kota Lama dan sambil menyaksikan pemandangan indah Istana Presiden. Berhenti seketika untuk anda membeli belah di Kota Lama yang dibina pada abad pertengahan. Bermalam di Bratislava.
 
HARI 06          BRATISLAVA / BUDAPEST
Selepas sarapan pagi, di hotel penginapan, meneruskan perjalanan ke Budapest kawasan pendalaman Hungary sambil menikmati panorama yang menarik dengan keindahan dan keunikan bangunan dari sejarah silam. Setibanya di Budapest, acara bebas. Bermalam di Budapest.

HARI 07           BANDARAYA BUDAPEST
Selepas sarapan pagi, menyeberangi “Danube” serta menikmati panorama indah dari Citadel ke Gellert Hill. Keunikan Gereja St Matthias yang bersebelahan dengan “Fisherman’s Bastion” dan juga bangunan Parlimen. Melewati Istana Di Raja Budapest dan menyeberangi “Danube” ke Wilayah Pest di mana anda akan dibawa ke Dataran Heroes dan Andrassy Boulevard. Acara bebas pada sebelah petang di mana anda boleh bersiar dengan cruise(Optional). Bermalam di Budapest.  
    
HARI 08           BUDAPEST / VIENNA
Selepas sarapan pagi, berangkat ke Vienna Bandaraya Utama Austria. Setibanya di Vienna lawatan singkat ke Istana Schonbrunn dan taman bunga yang berdekatan. Seterusnya melewati Gereja St Charles yang di bina bercirikan keunikan Opera House. Anda juga berpeluang melihat Tugu Peringatan “Prince Eugene” yang berhadapan dengan kediaman Di Raja Hofburg. Dengan mengikut dorongan hari
anda akan terpegun melihat “Hundetwasser House” yang dibina khas bercirikan kehidupan
moden masa kini. Acara bebas buat anda pada sebelah petang atau anda boleh menghabiskan masa di Taman Pesta Prater yang terkenal dengan kerusi Roda Ferris – Kerusi Roda yang menegak yang besar dan anda berpeluang menaikinya. Bermalam di Vienna.
HARI 09               VIENNA / SALZBURG / MUNICH
Selepas sarapan pagi, sambung perjalanan dengan melalui kawasan pergunungan yang membawa kita ke Wilayah Salzburg. Disini adalah kota kelahiran Mozart’s yang di kaitkan dengan “The Sound of Music”. Lawatan dengan diiringi oleh pemandu pelancung tempatan ke Dataran Mozart, The Horse Fountain dan Dataran Cathedral. Sambung perjalanan ke Munich dan dijangka tiba pada lewat petang. Setibanya di Munich anda akan di bawa ke Istana Nymphenburg, Taman Inggeris (English Gardern) dan Romerplatz. Berhadapan dengan City Hall anda berpeluang mendengar deringan jam yang terkenal iaitu “Glockenspiel Clock”. Acara bebas dan bermalam di Munich.
 
HARI 10         MUNICH
Selepas sarapan pagi, anda bebas dengan aktiviti sendiri. Anda boleh memilih untuk membeli belah dan sebagainya.

HARI 11          MUNICH / STUTTGART.
Selepas sarapan anda akan dibawa ke Stuttgart-Metzingen yang merupakan pusat membeli belah yang terkenal di benua Eropah. Terdapat beraneka barang yang berjenama (40 syarikat yang berjenama) seperti “Bally, Bogner, Hugo Boss, Cerruti 1881, Diadora, Escada, Esprit, Lacoste, Galizia, Golfino, Jil Sander, Joop!, Hilfiinger dan sebagainya. Anda boleh membelinya dengan harga yang murah dan berpatutan. Bermalam di Stuttgart.
HARI 12         STUTTGART / FRANKFURT / BAHRAIN
Selepas sarapan pagi, bertolak balik ke Franfurt untuk menaiki penerbangan Gulf Air ke Bahrain. Seterusnya bertolak ke Kuala Lumpur.
HARI 13          BAHRAIN / K.LUMPUR 
Insya’Allah tiba di Kuala Lumpur bersama dengan kenangan manis yg amat bernilai.
Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :

Dewasa                                        
RM 9,188.00 RM 9,050.00 seorang                          
(Bilik berkongsi / 2 orang sebilik) 

Kanak Kanak (2 – 11 tahun)
RM 7,588- seorang
(Berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa)

Harga Warga Emas :
RM8,998 seorang (Bilik berkongsi / 2 orang sebilik)


Jadual & Tarikh penerbangan :

19 Okt 2010

    K.Lumpur / Bahrain                             GF281                   1030 / 1325
                Bahrain / Frankfurt                              GF17                     0115 / 0640
                Frankfurt / Bahrain                              GF16                     1130 / 1815
                Bahrain / K.Lumpur                             GF280                   2040 / 0915

 Harga termasuk :  

- Tiket penerbangan pergi – balik kelas ekonomi
- Penginapan Hotel bertaraf 3 bintang,
- 9 kali Sarapan pagi
- Lawatan seperti dalam aturcara
- Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancung.
- Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
- Tips kepada pemandu pelancong dan pemandu bas
Harga tidak termasuk :
- Makan tengahari & malam
- Bayaran bagasi lebih had
- Bayaran cruise di Budapest
- Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi  dll

 

Nota Penting:  
-Harga dan aturcara pakej lawatan adalah tertakluk kepada
perubahan.
-Harga berdasarkan minimum 25 orang peserta.
Tiada cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
-Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat
penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
 
Pengurusan Pasport dan Visa:
-Visa memasuki German / Republik Czech / Slovakia /Hungary / Austria tidak diperlukan.
-Pasport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
 
Matawang : 
EURO (Anggaran EURO 1.00 bersamaan dengan RM 4.90)


PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 1000.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur

ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur

Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD