|
|
| |
|
|
|
MENCUBA KELAINAN DI
PERTH
PERTH ( 5Hari / 4Malam )
MALAYSIAN AIRLINES
HARI 01 KLIA / PERTH
Setibanya di Perth, anda akan disambut oleh wakil kami dan terus dibawa ke hotel untuk urusan check-in.
HARI 02 PERTH (MT-FISH & CHIPS)
Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat sekitar bandar Perth dan menaiki cruise melalui Sungai Swan untuk menikmati pemandangan yang indah, melawat ke King Park, Lotterwest Federation Walkway, The Bell Tower, Lake Monger dan Cottlesloe Beach. Selepas itu anda akan dibawa ke bandar bersejarah, Fremantle. Pelbagai rekabentuk bangunan yang sangat menarik dan unik dapat disaksikan di sini. Lawatan diteruskan ke The Esplanade, Round House & Fisherman’s Harbour, Cappucinno Strip dan Fremantle Market. Anda akan diberi kesempatan untuk membeli-belah di pasar minggu. Makan tengahari disediakan.
HARI 03 PERTH (SP/MT-BBQ)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Swan Valley, Tumbulgum Farm untuk menyaksikan aktiviti penternakan secara langsung seperti mengetam bulu kambing biri-biri. Selepas itu anda akan dibawa ke Caversham Wildlife Park untuk bertemu dengan kangaroo. Seterusnya menuju ke Chocolate Factory dan Mondo Nougat Factory. Makan tengahari disediakan.
HARI 04 PERTH (SP/MT-FISH & CHIPS)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat Reaburn Fruit Orchard dan Macnut Factory. Menaiki Estuary & Dolphin Spotting Cruise dan makan tengahari di atas kapal (Fish & Chips) dan aturcara bebas untuk anda membuat perancangan membeli-belah dan lawatan sendiri.
HARI 05 ATURCARA BEBAS (SP)
Selepas sarapan pagi, aturcara bebas sehingga tiba waktu bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Harga Pakej
Harga Pakej seorang
Dewasa
RM 5,844.00 seorang sebilik
RM 5,075.00 2 orang sebilik
Kanak-kanak
RM 4,344.00 Berkatil
RM 3,808.00 Tanpa Katil
Harga Warga Emas : RM 4,975.00 (umur 55 tahun ke atas)
Jadual & Tarikh penerbangan :
10 Jun, 6 Jul, 24 Sep, 8 Oct, 5,19 Nov, 3,24 Dec 2010
KUL / PER MH 125 0940 / 1500
PER / KUL MH 124 1625 / 2205
# Harga, tarikh dan jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan dan POTO berhak menukar harga
tanpa sebarang notis.
Sebarang kenaikan bahan api (Fuel Surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Harga Termasuk:
* Tiket kelas ekonomi K. Lumpur –Perth– K. Lumpur.
* Penginapan di hotel 3 Bintang ( 2 orang sebilik ) di Criterion Hotel
* Lawatan seperti di dalam aturcara
* Airport tax di KLIA dan Perth & Insuran perang
* Makan seperti di dalam aturcara
* Tips untuk pemandu pelancong
* Visa elektronik
Harga TIDAK termasuk.
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel
* Tips untuk porter
* Lawatan di luar aturcara
PENDAFTARAN:
- Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :
ACC NO : 5144 0480 2849 MALAYAN BANKING BERHAD
Taman Maluri, K. Lumpur
ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur
Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
Nota :
- Kami akan membuat permohonan visa secara elektronik. Sekiranya gagal, peserta dikehendaki membuat permohonan visa terus ke Australian High Commission. Bayaran sebanyak RM190.00
akan dikenakan oleh Australian High Commission atas setiap permohonan dan kos ini di bawah tanggungan peserta. Sekiranya permohonan visa secara elektronik diluluskan, maka tiada
sebarang bayaran dikenakan.
- Harga ditawarkan berdasarkan pada minimum 20 orang peserta.
|

|
|
|
|
|
|
|